1. Rod kaca
Fungsinya : Untuk mengacau larutan
2. Angkup luar
Fungsinya : Untuk mengukur diameter luar
3. Angkup dalam
Fungsinya : Untuk mengukur diameter dalaman sesebuah objek.
4. Mangkuk pijar (Crucible)
Fungsinya : Untuk memanaskan bahan kimia.
5. Tabung uji (Test tube)
Fungsinya : Untuk mengisi bahan kimia.
6. Mangkuk penyejat (Evaporating dish)
Fungsinya : Untuk mengewap cecair daripada larutan.
7. Penyubat gabus & penyumbat getah (Cork & rubber stopper)
Fungsinya : Digunakan untuk menyumbat tabung uji atau kelalang kon.
8. Pemegang tabung uji (Test tube holder)
Fungsinya : Untuk memegang tabung uji.
9. Picagari (Syringe)
Fungsinya : Untuk memindahkan cecair dalam jumlah yang kecil.
10. Slaid kaca (Glass slide)
Fungsinya : Untuk meletak spesimen bagi tujuan pemerhatian di bawah mikroskop.
11. Jam randik (Stop watch)
Fungsinya : Untuk mengukur masa.
12. Bikar (Beaker)
Fungsinya : Untuk mengisi bahan kimia dan cecair.
13. Kelalang kon (Conical flask)
Fungsinya : Untuk mengisi bahan kimia dan cecair.
14. Kelalang berdasar rata (Flat-bottomed flask)
Fungsinya : Untuk mengisi bahan kimia yang digunakan dalam penyediaan gas yang mana proses tersebut tidak memerlukan pemanasan.
15. Corong penuras/penapis (Filter funnel)
Fungsinya : Untuk menapis campuran pepejal dan cecair.
16. Kasa dawai & tungku kaki tiga (Wire gauze & tripod stand)
Fungsinya : Untuk menyokong radas semasa pemanasan.
17. Penunu Bunsen (Bunsen burner)
Fungsinya : Untuk menyediakan nyalaan.
18. Rak tabung uji (Test tube rack)
Fungsinya : Untuk memegang tabung uji dalam kedudukan yang tegak.
19. Rod kaca (Glass rod)
Fungsinya : Digunakan untuk mengacau larutan didalam bekas.
20. Kaki retort & pengapit (Retort stand & retort clamp)
Fungsinya : Untuk memegang alat radas semasa eksperimen dijalankan.
21. Buret (Burette)
Fungsinya : Untuk menyukat isipadu larutan dengan tepat.
22. Balang gas (Gas jar)
Fungsinya : Untuk mengisi gas
23. Penyepit mangkuk pijar (Crucible tongs)
Fungsinya : Untuk memegang objek panas.
24. Pipet (Pipette)
Fungsinya : Untuk menyukat isipadu larutan dengan tepat.
25. Silinder penyukat (Measuring cylinder)
Fungsinya : Untuk menyukat isipadu larutan dengan tepat.
26. Jangka suhu (Thermometer)
Fungsinya : Untuk menyukat suhu.
Home » radas dan fungsinya » Radas Dan Fungsinya
Radas Dan Fungsinya
Posted by Cerita Budak Makmal
bos..klu dapat masukkan semua nama radas beserta fungsinya sekali..tq..
Fungsi galuanometer
Tolong lah
um.. fungsi corong tisel?
Maaf nak tanya, apa fungsi jubin putih ye?
Apa fungsi spatula
Ini sains
Post a Comment